Tuesday, May 31, 2011

Along Kahwin

21 May 2011 iaitu lastweek merupakan tarikh Along saya kahwin. Memandangkan ni first time my family buat majlis-majlis besar camni so agak kelam kabutlah sikit time tu. Saya sendiri personally memang tak pernah rasa seronok+penat gilerrrr macam haritu tuh. Maklumlah, adik-beradik saya semuanya perempuan. Dah menjadi kebiasaan kalau kerja-kerja yang memerlukan kudrat lelaki je, ni muka sayalah yang terpampang kat situ buat kerja. Haa lagi satu, disebabkan dalam adik-beradik saya tu, saya sorang je yang boleh drive, memang kebanyakan bendalah saya yang kena buat. Jap-jap kang

"Wa! Pegi tolong abah angkat almari tu"

"Wa! Tolong alihkan peti ais tu letak kat sini"

"Wa! Tolong belikan ateh susu cair carnation 14 tin"

"Wa! Tolong mak amik santan 24 kilo kat pasar"

"Wa! Tolong amik tong gas abah beli tadi letak kat dapur"

Huhu tu baru sikit je tu beb. 4 hari berturut-turut saya tidur 2 jam je. Tidur pukul 5.30 pagi, pukul 7.30 mak dah kejutkan suruh beli ayam, santan dll. Seronok memang seronok dapat berkumpul dengan saudara-mara tapi penat tu tak payah cakaplah kan. Yang penting saya buat kerja semua ikhlas bukan sebab terpaksa ke apa. Tak dinafikan jugak makcik-makcik dan pakcik-pakcik saya pun dah banyak bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis perkahwinan Along saya ni. Biasalah, dah sah-sah kakak saya yang kahwin kan, mestilah kami adik-beradik yang kena buat kerja lebih dari orang lain. Heee ^_*

Kat bawah ni antara gambar-gambar sepanjang majlis tersebut untuk tontonan umum ;)


Tu saya dan Angah tengah duk pasang langsir kat bilik pengantin



Ni tengah duk rebus telur plak heeee ;)



Kami 5 beradik ^_*



Mak Abah saya dengan Along before majlis akad nikah



Along mesti berdebar-debar time nih



Abah saya menjadi wali



Ni lah suasana majlis akad nikah yang berlangsung di rumah saya sendiri



A.L.O.N.G



Along di hari persandingannya



Hari persandingan yang diadakan di Dewan Simpang Kalang Raub (dekat je dgn rumah)



Along & Abg Long (thanks to photographer, Abg Wan)



Ni dia family besar saya ^_*



Kami sekeluarga semasa majlis bertandang di Kuala Lipis



Huhu mak saya sedih... T_T



Sempat lagi Mak Abah saya dengan pakcik makcik saya ber'posing' sebelum balik


p/s : Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas ;)

0 komen:

Post a Comment