Wednesday, December 21, 2011

Kesempurnaan

Pernah tak sekali dalam hidup kalian, terlintas di fikiran atau terlahir di bibir;
"Bestnya kalau jadi macam dia kan? Semua ada"
"Untungnya dapat bf/gf macam tu. Dapat macam-macam"
"Bestnya ada family macam dia tu. Mintak je semua dapat"
"Kenapalah hidup aku macam ni, tak macam dia tu.."
"Bestnya ni.. Bestnya tu.. Untungnya dia ni.. Untungnya dia tu.."

Speaking quiet frankly, *sigh* ada antara kata-kata tersebut acap kali bermain-main di fikiran saya
How ungrateful people can be right? T_T
Selalu bila something happened kat rumah, saya stress sangat. Menangis sampai bengkak-bengkak mata(Macam sekarang ni :p)
Stress sampai rasa macam nak lari dari rumah
And then, mulalah dalam kepala otak ni, ayat-ayat seumpama di atas tu menari-nari je keluar..

Kenapa kan kita manusia ni sering mengejar kesempurnaan dalam hidup
Sedangkan kita sendiri tak sedar erti sebenar kesempurnaan tu
Kesempurnaan tu sebenarnya kita dah miliki sebelum ni, tapi tak sedar je
Bila kesempurnaan tu hilang, barulah kita mula nak menghargainya kan.. ;)

Hmm dalam situasi saya sekarang, saya selalu compare-kan family saya dengan family orang lain. Kenapa Mak dengan Abah macam ni? Kenapa mereka tak macam Mak Ayah si polan ni, si polan tu.. Tapi bila saya duduk sorang-sorang dan renungkan semua tu saya rasa teruknya diri saya ni. Boleh pulak fikir macam tu. Things happen for a reason right? Mak Abah dah bersusah-payah besarkan kau, kau pulak boleh nak ada family yang macam orang lain. Apa yang kau nak, semua dapat. Bila kawan kau bercerita pasal masalah family dia, boleh pulak kau cakap "Nasib baiklah family aku tak macam family kau" Haaa tau pulak kan rasa family kau lagi ok dari kawan kau tuh! (Tetiba rasa sangat marah dengan diri sendiri sekarang ni)

Mak, Abah, maafkan Wawa :(

Sekarang saya dah sedar. Sedih pun ada. Sepatutnya we shouldn't compare kan? We are fortunate enough. Ada orang tu langsung tak pernah ada kesempatan berjumpa dengan Mak Ayah mereka. Yang lain tu Mak Ayah mereka dah meninggal dunia barulah mereka sedar dan barulah rasa nak menghargai semua bagai. Saya tak nak jadi macam tu :(

Wani, Wani.. Be blessed for what you have!!!!!! It's time to stop complaining and comparing!!

Setiap family masing-masing ada ceritera sendiri. Kadang-kadang nampak tak bahagia pun, bergaduh sana sini tapi sebenar-benarnya mereka bahagia. Begitulah sebaliknya juga. Apa yang boleh saya katakan di sini, Ya memang saya selalu menangisi apa yang terjadi dalam family atau kehidupan saya. Tapi bukan niat di hati hendak mengkufuri nikmat yang diberikan Allah s.w.t. Saya bersyukur dengan family yang saya ada sekarang, begitu juga dengan kehidupan saya. Kerana saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah dan semua tu mengajar saya menjadi lebih kuat ;)

We can't wish we're someone else or live someone else's life because it is not possible. Be grateful. That's all it takes. Nite everyone ;)




Nota Kaki : I'm on diet now!! Ngeh ngeh ngeh ;)

0 komen:

Post a Comment