(Hadis riyawat Imam Bukhari)
Mengalir airmata aku bila melihat video ni. Seorang ibu yang lumpuh ditinggalkan di hotel oleh anaknya. Mungkin ada yang sudah sedia maklum tentang cerita ibu ini. Menurut akhbar Harian Metro, Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya. Ibu ini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Terharu aku dengan keperihatinan pengurus hotel tersebut dan juga stafnya yang berbangsa Cina. Walaupun bukan sebangsa dan seagama, masih lagi nilai kemanusiaan tu tak hilang. Beberapa hari selepas tu, anak kepada ibu ini, Amir tampil memohon maaf atas apa yang dah berlaku.
“Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir.
“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.
“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.
“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya
Terdetik juga pada awalnya kat dalam hati aku, anak jenis apalah yang sanggup lakukan semua tu pada ibu dia. Ibu yang lumpuh sanggup ditinggalkan. Ada ibu yang anaknya cacat dan lumpuh sejak dari lahir lagi, ada ibu tu buang anak tu? Dijaganya bagai menatang minyak yang penuh.
Tapi tulah.. kalau fikir dari side ibu tu, memang salah anak dia. Anak derhaka! Tapi cuba pula fikir dari side anak dia, siapalah kita yang nak menghakimi perbuatan orang kan. Kesempitan hidup anak dia tu tak siapa yang tahu. Mana tahu akan datang kemungkinan atas sebab-sebab tertentu dan kesempitan hidup, kita sendiri pun terdesak sampai terpaksa melakukan perkara-perkara di luar jangkaan macam tu. Wallahualam.. Semoga kita menjadi insan yang memahami.
Sayu dan sedih sangat bila mengenangkan video tu. Terasa macam nak peluk je ibu tu. Minta dijauhkan sangat-sangatlah supaya satu hari nanti Mak Abah tak jadi macam tu. Manalah tahu bila Allah nak uji kita suatu hari nanti. Hidup entah ke mana, Mak Abah entah ke mana. Ya Allah.. mohon dijauhkanlah dari semua tu. Aku tahu aku bukanlah anak yang baik. Tetapi aku akan berkorban lakukan yang terbaik untuk balas jasa Mak dengan Abah yang dah banyak sangat berkorban untuk aku. Andai suatu hari nanti aku jadi seperti si derhaka Tanggang, aku mohon sahabat, rakan dan taulan untuk tolong ingatkan aku dan sedarkan aku kembali...
Nota Kaki : homesick.. rinduuuu rumah dan family :(




0 komen:
Post a Comment