Last week, pagi Khamis aku dapat berita mengejut dari Waty yang mengatakan adik bongsu dia, Aidi terlibat dalam kemalangan. Hari yang sama jugak aku terus call mak dia tanya khabar pasal Aidi. Yang sedihnya mak dia tak berhenti-henti menangis cerita tentang keadaan Aidi kat aku. Limpa Aidi hancur dan doktor terpaksa buang, sebelah paru-paru dia dah tak berfungsi, tulang rusuk dan tangan kiri patah, tengkuk dan tulang belakang retak. Dan sekarang dia masih lagi tak sedar dan ditahan di ICU Hospital Selayang. Hari Jumaat aku minta Nizam tolong cover kerja aku dan terus gerak pergi KL untuk melawat.
Itulah antara gambar-gambar Aidi yang sempat dicuri-curi tangkap. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan. Punca-punca kejadian, aku pun tak berapa pasti. Dari cerita yang aku dapat tahu, malam kejadian Aidi dengan kawan dia nak pergi beli burger kat kawasan perumahan tu. Mereka ni tak pakai helmet. Then ada 3 motor polis peronda kejar mereka ni. Dan salah seorang dari polis tu tendang motor mereka ni sampai terbabas masuk longkang. Kawan Aidi pengsan dan masa tulah, Wallahu a’lam.. tak tahulah apa yang terjadi. Bila kawan dia sedar, dia nampak polis tu tengah tarik kolar baju Aidi yang dah lemah tak sedarkan diri tu dengan kasar suruh bangun. Terlalu banyak perkara yang tidak logik dan mengundang perasaan ketidak puasan hati. Longkang tu taklah besar mana dan tak dalam pun. Macam manalah organ-organ dalaman boleh hancur dan patah sampai macam tu sekali. Hmm aku pun tak berani nak komen apa-apa. Aku harap sangat-sangat Aidi cepat sedar dan takde apa-apa perkara buruk terjadi.
Pagi Ahad tu sebelum aku gerak balik ke Kuantan, aku dimaklumkan yang Ayah Waty pulak terpaksa dimasukkan di wad HKL. Sesak nafas dan batuk berdarah. Hanya Tuhan jelah tahu bagaimana perasaan mereka sekeluarga. Lepas satu, satu dugaan yang datang. Semoga semuanya tabah dan kuat hadapi ujian dariNya. Marilah sama-sama doakan semoga kesihatan mereka berdua dipulihkan. آمينَ يا رَبَّ الْعَالَمِينَ
Nota Kaki : Hari ni dia busy. Rindu sangat dia. Tapi mood dia tak ok :(
skip to main |
skip to sidebar
Tuesday, April 24, 2012
Tentang Saya :)
- Azwani
- Keras kepala.
Sensitif.
Suka meroyan.
Kadang-kadang blur.
Suka sengih.
Jiwang.
Suka perhati.
Penyayang.
Suka ketawa.
Ini blog peribadi saya dan hak cipta terpelihara.
Jangan terkejut. Jangan hairan.
Kalau tak suka.. Ehemm.. Dipersilakan.. (>_<)
Muka Buku!
Cuba Klik!
Powered by Blogger.






0 komen:
Post a Comment