Sunday, September 30, 2012

Inikah Yang Dikejar?

Seorang guru memberi arahan mudah kepada muridnya, ketika mereka sedang melalui sebuah lorong yang di kiri dan kanannya ada bunga-bunga indah.

"Sepanjang perjalanan kita ini, petiklah sekuntum bunga yang paling cantik dan memuaskan bagimu. Apabila kita sampai di hujung nanti, kita tak boleh berpatah balik".

Maka merekapun berjalan menyusuri lorong tersebut. Murid tersebut ternampak sekuntum bunga yang indah dan cantik, namun hatinya berbisik, "Di depan pasti ada yang lagi cantik".

Lalu mereka terus berlalu. Beberapa bunga yang dilihatnya, tetap juga tidak dipetik. "Ada kurang sikitlah pada bunga ni".

Berjalan dan terus berjalan, akhirnya tak satupun bunga dipetiknya ketika sampai di hujung lorong sedangkan dia tak dapat berpatah balik.

Gurunya lantas berpesan, "Itulah ibaratnya jika mencari kesempurnaan pada makhluk".




**********




Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan di mata kita itu hanya penilaian kita sahaja. Kadang-kadang bukanlah terbaik untuk orang lain dan bukan juga yang diimpikan orang lain.

Tipulah kalau aku katakan tak pernah sesekali terlintas di hati aku inginkan kesempurnaan pada diri aku sendiri untuk buatkan seseorang bangga akan adanya aku, buatkan Mak Abah bangga akan adanya anak macam aku, buatkan bos bangga akan adanya pekerja macam aku.. Tapi aku sedar, tak mampu aku menjadi sempurna untuk orang lain dan aku juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain. Aku harap mereka dapat menerima aku seadanya.

Jika kita mengakui kekurangan diri, kita akan berusaha untuk memperbaikinya. Semakin banyak kekurangan, semakin banyak usaha memperbaiki. Begitu juga sebaliknya, jika kita merasakan bahawa kita sudah sempurna, selamanya kita takkan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan? Ketidaksempurnaan adalah sifat makhluk. Kita manusia adalah makhluk. Nasihat untuk diriku sendiri.. Janganlah terlalu mengejar kesempurnaan. Akur dengan kelemahan, jangan mengeluh, bersyukur dengan apa yang sudah dimiliki, maka kamu akan terus bahagia, bahagia dan bahagia.. InsyaAllah..



**********




Jika kamu menadah air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk keperluanmu sahaja
Kerana apabila ia mulai retak
Tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus di buang begitu sahaja

Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang
Terimalah dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan kesilapan
Tidaklah sukar untuk kamu memaafkannya
Dan bukannya menghukumnya dan meninggalkan dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi terhenti begitu sahaja










Nota Kaki : Kekurangan diri --> tak pandai buat air untuk tetamu :(

0 komen:

Post a Comment