Tuesday, January 15, 2013

Braces #3

Last weekend aku balik ke Kuantan. Balik pun sebab utama ialah nak pergi jumpa dentist. Ikutkan hati malas nak balik lagi sebenarnya sebab penat balik dari Vietnam hari tu pun tak hilang lagi. Tapi aku terpaksa jugak gagahkan diri untuk balik sebab ni haaa..






Cuba tengok betul-betul gigi bawah aku sebelah kanan tu. Bracket braces tu dah tercabut. Tercabut pulak masa aku kat Vietnam hari tu. Walaupun satu je yang tercabut tapi payahnya boleh tahan jugaklah.

Tiap kali nak bercakap or makan, bracket yang tercabut tu bergerak-gerak ke kiri ke kanan. Tak duduk diam. Siap boleh rotate 360 darjah lagiiii ok. Seminggu dua kalau setakat camtu je mungkin aku boleh tahan lagi. Tapi yang start jadi tak tahan bila gusi bengkak dan gigi rasa sakit dan ngilu. Mungkin sebab gigi tu dah terbiasa ada tekanan dari bracket tu sebelum ni. Sekali bila dah tercabut hilang arah dah agaknya gigi tu. Huiii apapun memang tak boleh.

Jadi di pendekkan cerita, hari Sabtu baru-baru ni aku pun dengan rasa hati tak berapa nak sedap pergilah jumpa dentist. Ikutkan bulan ni aku kena cabut gigi bawah ni 2 batang. Tapi Alhamdulillah dentist tu tak cakap nak cabut pun. Yayyyy! Selamat! Jadinya rasa tak sedap hati tu bolehlah di bawa ke bulan hadapan pulak kot-kot dentist tu nak cabut bulan depan ke kan hehe

Kalau bulan lepas aku pilih kaler biru pink. So, bulan ni dah tak nak warna warni dah. Almaklumlah umur dah 26 tahun dah pun kan. Tak naklah jadi kanak-kanak ribena lagi dah. Ecehh.. Jadinya aku pilih kaler niiii ;)















Nota Kaki : Semoga dipermudahkan segala urusan minggu ni. Amin..

0 komen:

Post a Comment