Thursday, February 21, 2013

Menunggu

Hari ke hari semuanya makin hambar
Segalanya seakan-akan pudar
Sedikit demi sedikit perlahan-lahan berubah
Aku tak tahu sama ada hanya aku seorang yang sedar semua ni atau..

Hari ke hari pelbagai persoalan timbul
Semuanya dibiarkan tak terjawab
Dibiarkan tergantung begitu sahaja
Makin aku cuba untuk dekat semakin jauh aku di tolak
Dituduh tidak memahami tapi tanyakan pada diri pernahkah pula cuba untuk memahami?

Aku bertahan demi rasa kasih dan sayang
Walaupun tidak ketahui di mana punca
Kadang-kadang ku harapkan ada untuk menemani
Tetapi airmata yang menjadi pengganti
Egokah diri?

Benarlah satu yang buruk dapat mengaburi segala yang indah
Satu kesilapan ku mohonkan seribu kemaafan
Seribu kesalahan ku mohonkan sejuta keampunan
Aku hanya terus menagih kasih mengemis cinta

Andai satu hari nanti tiada lagi ruang untuk aku
Dan aku tak layak lagi untuk di sayangi dan di cintai
Izinkanlah aku menyayangi dan menyintai tanpa lelah dan jemu
Walaupun tiada siapa yang tahu
Walaupun hanya dari jauh
Tiada niat tersembunyi cuma keikhlasan ku beri


Nota Kaki : Lately dugaan terlalu banyak.. aku tak cukup kuat :(

0 komen:

Post a Comment