Saturday, July 13, 2013

26 Tahun

13 Julai.. Alhamdulillah hari ni usia bertambah 1 angka. Alhamdulillah jugak aku masih bernafas seperti biasa menjalani hidup. Terima kasih Allah s.w.t.

Secara rasminya dah 26 tahun aku bernafas kat muka bumi ni. Dah tua dah. Sepatutnya pada usia ni macam-macam dah aku ada sekarang. Tapi aku pulak baru nak mula merangkak.

Kalau dulu yang aku tau bila time makan, makan. Bila time tido, tido. Bangun tido yang tau nak enjoy je. Memang macam tulah hari-hari aku rasa. Bila dah start kerja, dah besar sket, otak pun dah pandai nak pikir baru aku tau macam mana corak kehidupan tu sendiri.

Tanggungjawab. Dalam banyak-banyak perkara aku rasa tanggungjawab tulah yang buat aku sedar kehidupan ni sepatutnya jadi macam mana. Bila dugaan datang tak semua orang mampu nak pikul tanggungjawab tu. Sampai satu ketika aku sendiri pun rasa tak mampu sangat dah. Tapi kalau dugaan tak datang aku takkan jadi kuat macam sekarang.

Kadang-kadang pernah aku rasa hidup aku susah sangat. Tapi kan sebenarnya bila tengok kat luar sana tu ada yang hidup dorang lagi susah dan teruk dari aku. Ada yang dugaan dorang lagi berat dari apa yang aku dapat tapi dorang masih happy teruskan hidup.

Itulah agaknya yang dinamakan corak kehidupan. Mungkin hidup orang lain bercorak pelangi penuh warna warni. Hidup aku pulak bercorak abstrak yang tak brape nak warna warni sangat. Apa-apa pun Allah takkan turunkan ujian pada seseorang tu kalau Dia tau orang tu tak mampu nak hadapinya kan?

Aku harap aku akan terus kuat dan tabah sebab aku tau perjalanan hidup aku masih lagi panjang. Ni baru sikit ujian yang aku dapat. Banyak lagi yang menanti aku di depan.. insyaAllah..





Nota Kaki : Selamat berpuasa!

0 komen:

Post a Comment