I'm back! \m/
Wahh dah bersawang dah blog ni rupanya. Last entry Oktober 2013.. Fuiyoo setahun lebih jugak dah tak menulis merapu meroyan merepek kat sini.
Alhamdulillah.. lebih kurang setahun 4 bulan menyepi, aku masih lagi berpeluang bernafas di muka bumi ni. Konpom konpom laa banyak benda aku nak share pasni kan.
Aku pergi usha usha jugak semua blog yang aku pernah follow sebelum ni. Kebanyakannya pun dah tak aktif jugak. Jadinya aku pun meng'delete'lah pape yang patut.
Mesti tertanya tanya kenapa aku tetiba boleh buat "kambekkk" pulak ni kan hehe sebenarnya aku tengah bercuti panjang kat kampung ni. Bapak boringnyewww tu yang tetiba boleh teringat pulak kat blog ni haaa
So, update terbaru tentang aku, baru-baru ni aku baru je selesai buat minor operation untuk buang fibroid. April 2013, masa tu baru aku dapat tahu aku ada fibroid ni. Disebabkan fibroid tu semakin membesar setelah hampir 2 tahun jugak, doktor pun terpaksa buat operation untuk membuangnya.
Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Jadinya atas nasihat doktor aku kena berehat dan berhenti sekejap dari sebarang aktiviti fizikal yang lasak. Ehemmm insyaAllah.. ehehehe :D
Nota Kaki : Thanks so much to Mak Abah & Ninie.. sorry banyak susahkan korang sebelum dan selepas operation baru-baru ni :(






0 komen:
Post a Comment