Menipu dan ditipu..
Kalau koranglah kan, korang tergolong dalam kategori mana? Korang seorang yang kaki PENIPU atau korang antara orang-orang yang malang gilerrrrr sebab asyik DITIPU.. Kalau korang tanya aku, aku lebih kepada kategori yang asyik DITIPU.. Aku memang pantang kena tipu-tipu ni. Bila aku dapat tahu je aku kena tipu rasa menyirap je.. Macam nak lempang orang perasaan dia. Tapi nasib baik aku ni boleh dikatakan penyabar jugak.
Tapi memanglah.. Tiap kali bila aku tahu aku ditipu rasa macam bodoh nak mampus jerr.. Yelah kau percaya separuh mati kat orang tu tengok-tengok dia boleh tipu kau hidup-hidup macam tu.. Sedih kan.. Lagi sedih kalau korang setia gilerr kat dia.. Tapi korang tau tak kesetiaan korang tu bukan tiket untuk buat dia tak menipu. Silap-silap dia tak hairan langsung dengan kesetiaan korang tu. Setiap kali aku kena tipu aku mesti cakap dengan diri aku, "Ok, kalau kau boleh buat, aku pun boleh buatlah" Tapi aku tak buat pun. Sebab apa??? Sebab aku sayang dia laaaa.. Buat apa nak menipu kalau kau sayang dia! Dan lagi satu, aku takkan buat macam yang dia buat sebab aku selalu ingat ayat ni, Jangan buat sesuatu yang kita tak mahu orang lain buat terhadap kita. Betullah kan.. Kalau kita tak suka orang buat kita macam tu, so jangan buat macam tu kat orang lainlah.
Untuk yang suka menipu tu kan, korang suka ke eh bila dapat menipu orang tu? Korang pernah tak fikir macamana perasaan orang yang ditipu tu bila dia dapat tahu? Korang yang menipu ni boleh dikategorikan sebagai pentingkan diri tahu tak. Yang korang tahu korang dah lepas, tak terkantoi, plan korang berjalan dengan lancar. Korang tak pernah pun terfikir perasaan orang yang korang tipu tu. Bila orang tu dah tak percaya kat korang tahu pulak korang nak marah-marah sebab tak percayakan korang kan? Memang patut pun orang macam korang ni susah nak dipercayai. Aku harap korang tak jadi macam cerita si pengembala kambing.
Syukurlah aku dikurniakan gerak hati yang kuat. Kalau aku rasa tak sedap hati atau curiga pasal something tu memang selalunya betullah jangkaan aku tu. Nasiblah aku ni penyabar lagi. Bila orang minta maaf aku maafkan. Tapi aku rasa lama-lama perkataan maaf tu macam dah biasa. Tipu then minta maaf. Lepas tu tipu lagi. Tapi takpelah.. Kesabaran aku masih lagi boleh bertahan. Aku telan semua kepahitan tu. Aku simpan. Aku pendam. Semuanya sebab sayang T_T
Rasa marah aku di awalan tadi dah bertukar menjadi sedih. Ntahlah.. Kenapa kan aku boleh senang-senang je kena tipu. Kenapa aku takde kudrat lakukan benda yang sama eh? Kadang-kadang aku nak sangat buat sepertimana yang dia buat pada aku. Aku nak sangat dia rasa macamana perasaannya bila kena tipu. Aku nak sangat dia tahu. Nak dia rasa. Tapi aku tak mampu... Aku tak sekejam tu. Cukuplah aku sorang je yang rasa betapa sakitnya bila ditipu. Aku tak nak orang yang aku sayang rasa sakit macam tu.
Untuk korang yang di luar sana tu.. Renung-renungkanlah kata-kata ni..
Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah di saat kamu ingin mendapatkannya,
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya,
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya,
Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu,
Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu,
Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu..
skip to main |
skip to sidebar
Wednesday, June 15, 2011
Tentang Saya :)
- Azwani
- Keras kepala.
Sensitif.
Suka meroyan.
Kadang-kadang blur.
Suka sengih.
Jiwang.
Suka perhati.
Penyayang.
Suka ketawa.
Ini blog peribadi saya dan hak cipta terpelihara.
Jangan terkejut. Jangan hairan.
Kalau tak suka.. Ehemm.. Dipersilakan.. (>_<)
Muka Buku!
Cuba Klik!
Powered by Blogger.



0 komen:
Post a Comment