Friday, June 17, 2011

Sesuatu yang tidak pasti

Ketika ini aku rasa terkapai-kapai, keseorangan, kesunyian, kebuntuan..
Di saat aku memerlukan teman tiada seorang pun yang ada ketika ini..
Ada yang aku telah buang jauh, dan ada yang dengan sendirinya membuangku..
Aku tak tahu di mana silapnya.. Hanya keluarga yang aku ada ketika ini..
Hendak diluahkan isi hati.. Mengertikah mereka? Tahukah mereka? Silap-silap aku yang dihambatnya..

Aku seperti hilang tempat bergantung.. Aku sendiri tak tahu di mana silapnya..
Susahkan jikalau terlalu bergantung kepada satu sampaikan hendak berdiri sendiri pun tak mampu..
Pelbagai emosi bercampur baur sehinggakan aku tak tahu apa perasaan aku ketika ini..
Sedihkah? Marahkah? Kecewakah? Rindukah? Tak tahu mana satu yang patut diluahkan dahulu..
Hanya secebis skrin putih yang dapat menjadi pengubat duka di ketika ini..
Airmata sudah tentu menjadi teman terbaikku sejak dua menjak ni.. dan kemungkinan untuk hari-hari mendatang juga..

Kenapalah aku sering menunggu sesuatu yang belum pasti.. Kenapa..
Silap akukah kerana terlalu bergantung hanya kepadanya..
Satu saat je dia pergi, aku dah lumpuh terus..
Jauh di sudut hati aku mengharapkan sesuatu..
Sesuatu yang aku sendiri tahu di mana penghujungnya..
Ya, aku tahu kesudahannya, aku tahu penghujungnya..
Cuma aku sengaja buat-buat tak tahu.. Malas hendak memikirkannya..
Yang aku tahu biarlah masa yang menentukan segalanya..

Aku tahu mengharapkan sesuatu yang tak pasti sama seperti menunggu bulan jatuh ke riba..
Tak mungkinlah jawapannya kan?
Aku harap aku dapat diberi peluang untuk merasa bahagia seperti dulu.. Sementara masih ada kesempatan..
Walaupun aku tahu bila-bila masa je aku boleh ditinggalkan terkapai-kapai, kesunyian, keseorangan mencari hala tuju..

Teringat kembali detik-detik indah perkenalan.. Semuanya manis, semuanya indah..
Ketika ini aku berharap sangat aku dapat diberi peluang kedua..
Mengharapkan supaya aku tidak ditinggalkan terkapai-kapai terlebih awal..
Aku memerlukan dia untuk membantu aku membuat persediaan untuk diriku sendiri..
Persediaan untuk aku menjadi lebih matang, mampu berdiri seorang diri apabila semua ini sampai penghujungnya..
Supaya tidaklah aku terlalu sakit untuk bangun dengan sendirinya pada saat dia sendiri yang akan meninggalkanku..

Terasa kerdilnya diri ini.. Terasa bodohnya diri ini jika hendak dibandingkan dengannya..
Dia mampu kerana semuanya dia ada.. Semua.. Dia sedikit pun tak perlu bergantung kepadaku..
Siapalah aku ini baginya.. Ada ke tiada ke sama je.. Sedikit pun dia tidak hairan..
Dia masih ada teman-teman yang boleh diharapkan jika suatu hari nanti dia tumbang.. Sedangkan aku?

Kecilnya diriku ini.. Semuanya tidak mampu aku lakukan..
Yang aku harapkan hanyalah peluang kedua..
Tinggi sangatkah permintaan aku itu? Aku pun tak tahu..
Semuanya kabur pada pandanganku ketika ini..
Mungkin permintaanku itu juga sama seperti harapan aku kepada sesuatu yang tidak pasti itu..

1 komen:

Anonymous said...

kenape eh u nk diberi peluang kedua?? u ada buat salah ke??? ke org yg xtau nak hargai u tu, yg buat u terkapai2 sedangkan u sentiasa sentia dengan dia..

Post a Comment