Friday, January 27, 2012

Rezeki

Hari ni bangun-bangun je tengok jam dah pukul 10:30 a.m. Hambik kau! Anak dara apakah?? Tskk penat, sakit badan and mengantuk gileww. Rasa macam malas je nak bangun. Aku golek-golek kiri kanan tup-tup jam dah pukul 12:00 p.m ehehehe tu pun nasib baiklah ada call masuk. Kalau tak sampai ke malam agaknya aku tidur heee :D

Semalam aku pergi interview di Kuantan. Then selesai interview, pergi melawat adik pulak di Polisas. Borak-borak sikit, gosip-gosip sikit, terus bertolak balik Raub. Dalam perjalanan balik, aku dapat panggilan dari tempat yang aku baru balik dari interview tu, mengatakan yang aku diterima bekerja. Alhamdulillah.. dan Isnin ni aku diminta lapor diri. Hehe tak sangka dapat jugak. Malam sebelum interview tu kemain lagi aku risau sampai tak boleh tidur. Maklumlah, tu first time kot aku pergi interview yang proper interview.

Masa dapat berita tu aku rasa happy sangat. Excited nak datang kerja hari Isnin ni. But then start malam tadi, dah sampai rumah semua bagai, tiba-tiba rasa macam sedih pulak. Mak suka sangat bila tahu aku dapat kerja kat tempat tu. Nampaklah kat muka dia yang dia gembira, akhirnya kerja jugak anak dara dia yang asyik makan tidur, makan tidur kat rumah tu. Ehehe

Abah pulak nampak gembira jugak tapi Abah banyak senyap je. Tak bercakap apa-apa langsung pasal kerja yang aku dapat tu. Then malam tadi Abah masuk bilik borak-borak dengan aku. Rupa-rupanya Abah rasa berat hati jugaklah nak lepaskan aku kerja kat situ. Abah lagi prefer aku kerja kat KL. Reason Abah nak aku kerja kat KL, supaya aku tak lupa jalan-jalan kat KL tu untuk bawak dia jalan-jalan nanti. Heee comel laa Abah ni. Lagi satu, dia tak berapa nak suka aku kerja kat situ sebab dia risaukan aku. Yelah, kerja nanti tak tentu masa. Balik pukul 3 4 pagi. Pergi sana sini. Ulang-alik Kuantan-Pekan. Tambah-tambah lagi dia cakap aku ni perempuan. Pergi sana sini sorang-sorang, balik lewat-lewat. Kerja penat. Nanti sakit-sakit badan. Abah cakap kalau kerja kat tempat lain maybe relaks sikit kerja tu nanti. Dia cakap aku takde kawan kat sana nak tolong tengok-tengokkan aku if aku susah or jadi apa-apa kat aku nanti. Walaupun ada pakcik aku kat sana, pakcik aku tu busy gileww. Hmm itulah antara kata-kata Abah kat aku malam tadi. Kata-kata Abah tu macam aku kena kerja kat oversea pulak ehehe padahal dalam Pahang jugak aku kerja. Heee sedih jugaklah bila dengar Abah cakap macam tu. Dah tak boleh nak masakkan untuk dia hari-hari *sigh*

Lepas ni rutin hidup aku totally akan berubah 100%. Dah tak dapat online selalu dah, tak dapat main game, facebook, twitter, chatting, update blog. Bangun lewat?? No no no!! Kawan-kawan pulak semua dah makin jauh nanti. Mesti rindu gileww lahh. Dah tak boleh main-main and malas jugak dah.

Hari ni je ada banyak benda nak buat. Sijil-sijil nak kena disahkan, baju-baju tak packing lagi, tu pun baju tak banyak kat rumah ni. Merata-rata dah baju aku semua. Banyak sangat rumahlah katakan :p Then, nak kena fikir pasal nak stay kat mana lagi nanti. Nak sewa rumah or sewa bilik?? Kereta tak hantar servis lagi. Lately si Maroon tu banyak pulak songeh dia. Bunyi sana sini. Rosak sana sini. Mengantuk dan penat tak hilang-hilang lagi. Erghhhhh!!

Doakan yang terbaik untuk aku yer. Kalau betul lah rezeki aku di situ syukur Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segala urusanku.. Aminn





Nota Kaki : Operation Engineer.. UMP Holdings.. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

0 komen:

Post a Comment