Wednesday, January 11, 2012

Rindu

Sesak dan sebak dalam hati bila tak dapat meluahkan apa yang dirasa..

Itulah yang aku rasakan sekarang..

Lewat pagi tadi mimpiku didatangi oleh insan-insan yang aku sayang dan rindu..

Atuk dan Nenek..

Tika dan saat ini airmataku masih lagi menitis..

Terasa sayu di hati.. Sayu sangat..

Walaupun masa telah lama berlalu pergi, tapi aku masih lagi terasa kehadiran mereka di sisiku..

Mungkin kehadiran mereka ke dalam mimpiku untuk mengingatkan aku tentang mereka yang kian aku lupakan..

Ya Allah.. Kenapa hatiku terasa sayu sangat saat ini..

Aku bertekad pagi tadi selepas menjalani rutin harianku, aku menziarahi pusara mereka..

Dan tak lupa juga rumah pusaka yang suatu masa dahulu pernah menjadi saksi kasih sayang mereka kepadaku..

Suatu ketika dulu, bertahun-tahun, itulah antara rutin harianku..

Tapi sekarang?

Masa telah mengubah segalanya..

12 tahun kenangan bersama Nenek dan 17 tahun kenangan bersama Atuk..

Semua itu sedikit pun tak pernah luput dari ingatanku..

Separuh dari kehidupanku telah diisi dengan memori bersama mereka..

Gelak ketawa, belaian manja, gurau senda, tangisan sayu..

Aku ingin sekali pergi ke zaman kecilku.. Mengundur masa..

Tapi itu semua tidak mungkin..







Al-Fatihah untuk arwah Atuk dan Nenek..

Semoga roh kalian sentiasa dicucuri rahmat-Nya..



Nota Kaki : Hari ni tak hujan.. Yeaa baju bolehlah kering!

0 komen:

Post a Comment