Monday, February 20, 2012

Muzik dalam hidupku

Guess what?? *winkwink* Semalam aku dah pandai main lagu Jar of Hearts by Christina Perri. Yayy!! Main guna apa eh? Ehehe main guna Mini Piano kat Ipad hihikk mesti korang gelakkan aku kan. Haha tak kisahlahhh :p

Piano, gitar, organ.. Tiga-tiga instruments tu aku sangat-sangat suka. And kalau boleh memang aku nak mahirkan diri guna alat-alat tersebut. So far alhamdulillah.. Dari kecik aku memang ada ambil kelas belajar organ kat Yamaha. So basic macam baca note yang macam cacing-cacing orang cakap tu or tak pun nak tulis arrangement note kat music sheet ke bolehlahh aku buat. 9 tahun jugaklah aku ambil kelas tu start dari Standard 1 sampailah Form 3. Berhenti ambil kelas tu pun sebab busy dengan PMR + aktiviti kokurikulum semua bagai. Takde masa nak practice untuk ambil exam. Last aku ambil exam masa tu pun result teruk. Hmm rugi jugaklah berhenti dulu tu (baru sekarang terasa ruginyeee huhu dulu kemain suka dah berhenti hehe)..

Then lepas tu aku teringin belajar gitar pulak. Kali ni cadangnya belajar sendiri. Konon. Haha siap pergi kat kedai Yamaha tempat aku belajar dulu tu untuk beli gitar ok. Nasiblah dapat beli dengan harga yang sangat-sangat murah. Hehe maklumlah I'm the only Malay student yang paling lama belajar kat situ so dapatlah diskaun :) Aku belajar sendiri je. Nak masuk kelas tak mampu hehe dan yang sedihnya aku tak berjaya mahirkan diri main gitar tersebut :( yang aku tau setakat nak tune gitar and tau main melody je.. nak goreng-goreng bagai guna chord semua tu aku tak lepas lagi. Masa tu barulah aku fikir susah jugak nak belajar sendiri main gitar ni. Sebab gitar dengan organ sangat berbeza especially note nya. Kalau organ aku belajar baca note dalam bentuk DO RE MI tapi bila gitar guna A B C la pulak. Terkial-kial jugaklah kan. Lagu Jingle Bell jelah yang aku pandai main pun haha. Tapi sempat jugak jari aku ni berkematu gara-gara belajar gitar punya pasal..

Semalam tengah duduk-duduk memanjakan diri kat rumah, aku pun pinjamlah Ipad cousin aku. Tengok-tengok ada Mini Piano kat dalam tu. Aku pun apa lagi, mainlah satu dua lagu yang aku hafal masa belajar organ dulu. Lagu Romance of Love, Gemilang (Ella) and my favourite song, Rindu Bayangan (Jay jay) ;) Masa tu rasa seronok sangat. Dah lama tinggalkan semua tu but still aku boleh ingat lagi note-note lagu tu. Then tiba-tiba bersemangat buka Youtube cari tutorial nak belajar piano. Hehe lagu pertama yang aku jumpa dan rasa senang aku nak main lagu Jar of Hearts tulah. Tapi note piano sama dengan gitar, A B C bukan Do Re Mi. Adalah dalam 2 jam jugak belajar and then finally yesss aku dah boleh main dengan lancarnya heeeee sukeeee dan orang pertama yang tengok and dengar aku mainkan lagu tu ialah si dia ;D hehe sorry you, my hands were shaking a bit semalam. Nervous! Haha gedikk je kan. Sangat seronok. Sampai ke malamlah aku duk leka dengan benda alah tu. Habis semua lagu aku nak cuba try main. Dan pada aku, belajar main piano ni taklah sesusah macam aku belajar main organ dulu! Haishh sukanyalaa. Tak sabar nak balik rumah petang ni nak main piano kecik tuh. Sesiapa hadiahkan saya piano boleh tak?? Heee tak dapat piano, keyboard pun jadilahhhh hihikk *sambilbuatmukacomel* Mekasih ;)

Teringat aku zaman dulu-dulu.. Nah nak share gambar kat korang semuaaaa ;)





My first open concert with my first band.. kitorang main lagu Kuda Hitam. Siap kena menari ok masa perform lagu ni. Haha kelakar betul.




Yang ni pulak dengan second band.. Still main lagu Kuda Hitam jugak tapi ahli-ahli dah tukar. Aku je yang masih setia ;)




Yang ni perform lagu Rindu Bayangan :)




Dan yang ni pulak lagu Doraemon. Rindunyeeeee nak macam ni lagi.. Haihh







Nota Kaki : If korang nak try blaja main piano, pergi sini classpiano.com then pilihlah mana-mana lagu yang korang suka. Best!

0 komen:

Post a Comment