Wednesday, May 16, 2012

Family Day



Last weekend antara hari-hari yang aku tunggu-tunggu sangat sebabnya kitorang ada Family Day kat Glory Beach Resort, Port Dickson. Masa ni lah kitorang satu family boleh berkumpul beramai-ramai.

Semua sekali ada 5 keluarga yang pergi. Cuma ada 2 buah keluarga jelah yang tak dapat join termasuklah Mak. Sebab Mak ada gathering dengan kawan-kawan sekolah dia. So, tinggallah Mak sensorang kat Raub. Bye-bye Mak..

Hari Jumaat, pukul 5 petang gerak ke Port Dickson. Dalam tengah excited nak jumpa family semua, kereta yang aku drive accident. Ya, accident! Buat kali kedua. Cuma kali ni melibatkan 5 buah kereta. Habis kereta Abah remuk kat belakang dan sikit kena kat depan.

Saat-saat insiden tu berlaku, aku dengar bunyi brek kuat sangat kat belakang. Masa tu dalam kepala otak, Ya Allah Abah dengan adik-adik ada dalam kereta. Then, terus terbayang masa aku kemalangan 2 bulan lepas. Alhamdulillah semua selamat. Cuma aku masa tu dah menggigil menangis. Ramai yang suruh aku mandi bunga (=.=')

Sampai Port Dickson pukul 3 pagi. Memang tak boleh tidur. Trauma sekejap. Err tapi esoknya dah elok dah. Hehe maklumlah dah jumpa sedara mara semua kan. Aktiviti utama family day kitorang ialah makan, makan dan makan lagi dari pagi sampailah ke tengahari! Haha ahh tanya aku, memang makan jelah jawabnya :P

Aktiviti seterusnya ialah mandi kat swimming pool. Memang meriahlah area swimming pool tu penuh dengan family kitorang je :p


Amboiii syoknyee makcik-makcik aku ni makan kuaci yer..



My siblings.. :)



Sebelum masuk kolam.. with my sis and cousin



Geramnyee tengok!! Oopss bukan geram tengok abang bertowel belakang tu okeh! :p Tapi geram tengok si kecik Rayyan ni haa!



Dah kenapa macam model majalah MANGGA pulak ni!



Haaa kitorang jugak disajikan dengan pertunjukan acrobatic renang tau dari si Adam ni. Kemainnn diaa :p



Baca doa dulu ni sebelum persembahan.. Amin..



Ok sedia! Satu, dua.... (Kesian badan abang dia jadi papan anjal)



Tigaaa! Wahhh terbang pulak dia niiii!



Dari kiri, Pakteh, Abah, Abang Long, Along dan Ateh



Ateh sekeluarga.



Aktiviti seterusnya ialah main bola tampar. Ni memang acara favourite akulah kan. Semua telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Panjang dan Pendek. Aku? Aku termasuk dalam kumpulan Pendek. Hehe memang penat. Mana tak penat dah sepanjang permainan tu duk gelak je. Penat gelak lah tu. Dan pemenangnya dah tentulah kumpulan Pendek!



Tu diaaa Kumpulan Pendek :)



Barisan pemain Kumpulan Pendek dari kiri : Abah, Pakcu, Me, Haziq, Ateh, Anis, Zetty dan Paktam



Kumpulan Panjang yang menang gaya. Amboiii belum start game lagi kemainnn posing :p



Barisan pemain Kumpulan Panjang dari kiri : Cik, Adli, Suraya, Pakcik, Pakteh, Asyraf, Maktam dan Angah



Penat main bola tampar, kami adik beradik dengan Abah duk berposing sakan tepi pantai pulak. Sedih sebab Mak takde. Tak cukup korumlah. Yang penting Abah tetap sporting walaupun Mak takde. Jom tengok aksi-aksi kami :p










Malam tu pulak lepas penat segala macam kitorang berBBQ pulak kat tepi pantai tu. Bakar ayam, kambing dan jagung. Nyumss terbaek! Keesokannya dah tiba masanya untuk check out dan pulang ke negeri masing-masing. Sebelum pulang posing tak lupa okeh! Family kitorang ni sume gilew camera hehe








Ni adalah antara kenangan-kenangan terindah yang akan aku ingat sampai bila-bila. Setinggi-tinggi dan sejauh-jauh langkah kita melangkah, family lah antara orang-orang yang tak pernah pergi jauh dari kita. Peluang diberi sekali lagi dan hari ni aku bersyukur dengan setiap apa yang aku ada dan akan lebih menghargai orang-orang di sekeliling aku. Alhamdulillah. Tutup buku! :)







Nota Kaki : Sedih pulak dengar lagu Di Penjara Janji - Awie ni.. Its lyric.. hmm very meaningful

2 komen:

Anonymous said...

Testing2! I nak komen kat sini lahh!

Best tak stay kat Glory nih sebab maybe end of Jun kitorang pun nak ber-family day kat sini.. :)

Azwani said...

yangg.. best2! datanglah nanti tapi pantai dia macam tak best hehe

Post a Comment