Thursday, May 17, 2012

Putih

Kelam. Hitam.
Tidak ubah seperti warna langit ketika ini.
Begitulah perasaanku suatu ketika dahulu.
Terkapai-kapai mencari hala tuju.
Mencari ke mana hilangnya kewarasan diri.
Mentafsir segenap yang terjadi.
Hati dipenuhi dengan kebencian, dendam, amarah dan sesalan yang mendalam.
Madu diberi, racun dibalas.
Dahulunya permata dianggapnya kaca.
Luluh, hancur, berkecai jiwaku pergi.
Padaku tidak sesekali mungkin ku maafkan dan lupakan.
Setiap perbuatan buruk ku akui, ku mengharapkan pembalasan.




Kabur. Malap.
Biarpun hitam tidak segelap dahulu namun ia tetap meresahkan.
Ku turuti ke mana sahaja arah kakiku melangkah.
Sehingga aku berada di sini.
Dunia yang serba sunyi keseorangan melalui baki kehidupan.
Kesengsaraan dan kepahitan yang terpaksa ku tanggung ku bawa bersama menuruti langkah kaki.
Terlalu sukar untuk aku rungkaikan segalanya.
Semua yang berlaku bagaikan tanpa caturan dan kata-kata.
Setiap yang aku lakukan padaku semuanya adalah terpaksa.
Jauh sekali melakukan dengan keikhlasan.
Mungkin benar ku ingin melarikan diri dari kenyataan.
Ku salahkan puncanya.
Ya. Punca terjadinya semua ini!




Suram. Kelabu.
Tangan dihulur di hadapanku, lantas ku sambut.
Membantu mencari hala tuju.
Kehadiranmu mengubati hati yang duka lara.
Aku diajar untuk menerima setiap yang terjadi.
Belajar menerima ketidaksempurnaan diri.
Aku dibantu mencari saki baki diri.
Aku lupa apa itu dendam, marah dan benci.
Kasih, rindu dan sayang yang menjadi pengganti.
Harapan demi harapan diberikan, angan untuk bersama diciptakan.
Ahh indahnya saat itu.
Panas ku sangkakan sehingga sampai ke rumah, rupanya hujan di pertengahan perjalanan.
Begitu juga dengan pelangi sesudah hujan, indahnya cuma sekejap saja.
Ku tak bisa memiliki walau hati meronta-ronta mengingini.
Namun ku hargai segala budi yang diberi.
Mungkin ada hikmahnya peluang bertemu kembali terjadi.
Andai waktu mengizinkan, aku setia menanti di sini.
Kini, ku mampu mengucapkan kata-kata maaf.
Ku ingin beri hatiku ruang untuk beristirehat ketika segala yang dimiliki telah berubah dan membuatku lelah.
Ku mahu patahkan keraguan.
Beranjak dari masa lalu menuju ke hadapan dengan semangat dan harapan baru.
Lebih menghargai apa yang ada di sekelilingku itu adalah pasti.
Jauh di sudut hati, ku harapkan yang kelam, hitam, kabur, malap, suram dan kelabu itu kembali menjadi PUTIH!






Nota Kaki : Hari ni asyik menyanyi lagu Kumpulan Spoon je. Rinduuuuu~~.. Rindu serindu rinduuuunyaaaaa~~...

1 komen:

Anonymous said...

Walauku sedar kita mungkin tidak akan bersama jua akhirnya....namun menyintaimu walau untuk seketika sudah cukup membuatkan aku bahagia.

Post a Comment