Jeng jeng jeng.. hello followers! (Ecehh feeling macam retis pulakk aku). Hari ni saje je nak bercerita pasal braces. Rasanya last bercerita pasal braces ni pun masa mula-mula pakai hari tu.
So, hari ni gua nak continue (wahh gua gitew..feeling jadi rempit pulakk) story pasal braces gua lagi. Perkembangan terbaru setakat ni 2 batang gigi atas telah pun selamat dicabut.
Confirm tertanya-tanya sakit ke tak kan? Mestilahhhhhh tak! Ngeh ngeh ngeh *angkat-angkat kening*.. memula aku pergi jumpa dentist tu aku tak bajet pun kena cabut. Yelah hari tu dentist tu kata lagi 2 bulan baru nak cabut. Aku pun datang dengan relax nya la kan. Sekali dia cakap nak cabut 2 batang gigi atas. Ni pale lutut ni time tu rasa nak tercabut je. Nak je aku lari keluar dari bilik tu. Last-last aku redhakan aje..
Sebelum nak cabut tu ada 4 tempat aku kena bius. Sakit ciput jelah sebab kena bius kat gusi kan. Pastu tak rasa pape dah. Sedar-sedar dentist tu dah siap jahit dah gusi aku tu. Lepas 2 jam ubat bius tu pun hilang. Masa tulah bermulanya peperangan antara aku dengan rasa sakit. Sakit sampai aku rasa nak tumbuk-tumbuk je mulut aku. Huhu seminggu demam menahan sakit. Tapi bagi aku rasa sakit tu subjektif. Bagi sesetengah orang rasa sakit dia tak macam aku rasa. So, trylah! :p
Alhamdulillah sekarang dah nak masuk 3 bulan dah. Aku pun dah boleh membiasakan diri. Makan pun dah takde masalah cuma makanan yang keras-keras memang aku tak makan.
Jom-jom tengok gambo kat bawah ni. Sempat posing lagi before pergi jumpa dentist. Masa ni memang dah rasa sakit sangat dah. Bersagat mulut duk jerit-jerit tengok bola Harimau Malaya lawan Indonesia :p
Hehe tadaa kaler pink & blue menjadi pilihan hati untuk bulan ini. Well.. ada yang kata macam budak-budak. Heee iyelahhh kot. Me = kanak-kanak ribena! :p
Nota Kaki : Kalaulah kamu tahu.. hmm
skip to main |
skip to sidebar
Wednesday, December 5, 2012
Tentang Saya :)
- Azwani
- Keras kepala.
Sensitif.
Suka meroyan.
Kadang-kadang blur.
Suka sengih.
Jiwang.
Suka perhati.
Penyayang.
Suka ketawa.
Ini blog peribadi saya dan hak cipta terpelihara.
Jangan terkejut. Jangan hairan.
Kalau tak suka.. Ehemm.. Dipersilakan.. (>_<)
Muka Buku!
Cuba Klik!
Powered by Blogger.





0 komen:
Post a Comment