Monday, December 31, 2012

Tutup Buku

Penghujung tahun. Sama seperti penghujung tahun lepas.

2012. Aku mulakan tahun 2012 dalam keadaan yang "kurang" baik. Aku mulakan kembali semuanya pada tahun 2012.

2012. Tahun yang penuh pelbagai drama, emosi, kenangan, dugaan dan harapan. Tahun yang sangat "memenatkan" aku. Tahun yang mengumpul seribu macam cerita.

2012. Selamat tinggal. Terima kasih kerana telah banyak mengajar aku tentang kehidupan.

Dengan rasa rendah diri, aku memohon maaf andai kedatangan aku pernah menyusahkan hidup pada semua yang mengenali diri aku, yang pernah hadir secara langsung atau tidak langsung dalam hidup aku. Terima kasih.

Alhamdulillah. Tutup buku.

Selamat datang 2013.. Sekali lagi aku akan mulakan kembali semuanya..





















Nota Kaki : Aku akan terus menunggu..

0 komen:

Post a Comment