Monday, August 12, 2013

Kehilangan

Pada hari raya kedua aku dikejutkan dengan berita dari teman-teman rapat yang mereka telah kehilangan haiwan peliharaan mereka. Sorang tu kucing kesayangan dia mati. Yang sorang lagi sugar glider dia mati.

Walaupun haiwan tapi perasaan sedih tu, aku yang hanya kawan mereka pun turut rasa sedih inikan pulak mereka yang hari-hari jaga, bagi makan, main dengan haiwan-haiwan tu. Kesian sangat kat mereka.

Sedihkan hati bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayang? Tak kiralah sama ada sesuatu tu manusia, haiwan mahu pun barangan kesayangan. Lebih-lebih lagi bila kita dah mula sayangkan mereka. Tiba-tiba mereka pergi tinggalkan kita.

Pengalaman aku sendiri, aku dah pernah rasa kehilangan ketiga-tiga benda tu. Memang payah nak suruh hati menerima kenyataan yang akal sendiri terlebih dahulu faham akan kehilangan tu.

Dah memang sudah sebati dengan diri, bila aku sayangkan sesuatu aku akan serahkan seluruh hati, jiwa dan raga aku pada benda tu tanpa ada sedikit pun aku simpan untuk diri sendiri. Sanggup buat apa saje semata-mata kerana sayang.

Tapi bila dah hilang, apa je yang tinggal untuk diri? Mestilah takde pape kan. Kosong. Aku dah banyak kali ulang kesilapan yang sama. Sampai lama-lama aku serik. Penat. Letih.

Tapi kenapa aku sering ulangi kesilapan yang sama? Kat situ aku belajar satu benda. Allah nak tunjukkan aku sesuatu. Dia nak aku belajar untuk sayang diri sendiri dulu sebelum sayang sesuatu yang lain.

Bagi sesetengah orang yang tahu kisah aku, kehilangan yang aku pernah rasa mungkin taklah sebesar mana. Tapi cukuplah untuk buat aku binakan tembok di sekeliling hati aku supaya hati aku tak lagi penat dan tak lagi letih jika satu hari nanti aku terpaksa kehilangan lagi..









SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN












Nota kaki : Dah masuk Raya ke 5.. masih lagi dalam mood raya :)

0 komen:

Post a Comment