Hari ni secara kebetulan aku terserempak dengan dia. Terkejut. Percaya atau tak masa nampak dia tangan aku menggigil. Degup jantung ni aku rasa macam terhenti sekejap. Tak tahu kenapa lepas tu aku tak sedar yang aku sebenarnya menangis. Sebab apa aku sendiri pun tak pasti. Terasa tangan ni nak mencapai dia tapi tak termampu.
Hari ni jugak aku berjumpa dengan kawan baru. Walaupun jiwa aku kacau seharian melayan perasaan, aku cuba untuk ceriakan diri semula. Salam perkenalan dari seseorang aku sambut dengan hati terbuka. Yang penting niat di hati jujur ikhlas untuk berkawan. Dan terima kasih banyak-banyak kawan baru. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita.
Sesuatu yang aku belajar hari ni.. kita kena cuba mencari kegembiraan dan kebahagiaan sendiri. Jangan bergantung kepada sesuatu benda atau seseorang untuk buatkan kita gembira atau bahagia.
Nota kaki : Berharap sangat aku dapat lakukan sessuatu untuk family..




0 komen:
Post a Comment